Jumaat, 9 Januari 2009

RENTETAN SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PSSCM-PSAS


01 November 2006 menjadi titik tolak perkembangan awal penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah (PSSCM-PSAS). Dirasmikan oleh Penasihat PSSCM-PSAS ketika itu di Perkarangan kamsis PSAS sempena pelancaran penubuhan PSSCM-PSAS, penerangan, dan demonstrasi. Kehadiran Ketua Penerangan PSSCM, En Rosman Bin Mat Deli serta barisan-barisannya dan Komander Roslizan selaku Ketua Penerangan PSSCM Cawangan Perak pada ketika itu.

Pada peringkat awal penubuhannya, diatas usaha tiga (3) orang ahli PSSCM dari Cawangan Ibu Pejabat dan Selangor mengorak langkah bagi memastikan Silat Cekak Malaysia wujud di PSAS ini. Mereka ialah Mohd Zulfikrey Bin Muda, Mohd Zaim Bin Balliah, Azizul Hafiz Bin Abd Mutalib.

Dalam usaha yang dilakukan, berbagai rintangan dan dugaan yang hebat telah dilalui oleh mereka. Dengan semangat dan kesedaran yang tinggi, mereka tetap tabah dalam menjayakan penubuhan Silat Cekak Malaysia di PSAS agar membolehkan dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar, pensyarah dan staf PSAS mempelajari dan mewarisi budaya hak orang melayu iaitu Silat Cekak.

Dalam usaha itu, dicemuh oleh pelajar lain menjadi hebat dari hari ke hari. Tidak kurang ada antara pelajar dan pensyarah lain yang mencuba ilmu Silat Cekak. Dengan kehendak Allah S.W.T ketika itu, mereka tidak tewas dengan cubaan-cubaan dari pelajar-pelajar dan pensyarah yang mempunyai ilmu mempertahankan diri yang lain.

Mereka terus menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk memastikan Silat Cekak wujud di PSAS. Mereka tetap cekal dengan dugaan yang dihadapi. Dengan bantuan daripada AJK PSSCM Pusat dan Cawangan Selangor maka lahirlah Silat Cekak Malaysia di Politeknik Sultan Azlan Shah yang hampir memakan masa selama 6 bulan dalam usaha pembukaannya. Pada bulan November 2006 pengijazahan pertama kali terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Pada 16 Februari 2007, pengijazahan pertama telah berlangsung di Bilik Diskusi Jabatan Perdagangan. Pengijazahan ini melibatkan seramai 55 orang ahli baru yang mendaftar yang juga kelas yang pertama diwujudkan.

PSSCM-PSAS terus menjadi satu persatuan yang aktif di bawah seliaan Major (B) Mohd Anuar Bin Ahmad yang juga Yang Di Pertua Cawangan Selangor dan Penasihat 1&2, En Mohd Nazri Bin Mahbob dan Pn Hidanah dimana mereka yang banyak membantu menjayakan program-program yang dianjurkan dari awal pernubuhannya sehingga sesi Julai 2009.

Kini, PSSCM-PSAS bergerak di bawah seliaan Saudara Bakri Ashmad dan beberapa tenaga pengajar lelaki dan wanita yang lain begitu komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sehingga ke hari ini. Bermula daripada itu, PSSCM-PSAS melangkah lebih jauh dengan dimasukkan pengajaran Silat Cekak Malaysia dalam aktiviti ko-kurikulum yang wajib diambil oleh pelajar semester 2 dan dimasukkan mata jam kredit kursus sejajar dengan perlaksanaan 'Silat Cekak, Silat Akademik' dengan lebih konsisten sehingga ke hari ini. Semoga Silat Cekak kekal sepanjang zaman. HIDUP CEKAK !